Bukan katak di bawah tempurung, yang memang tak nampak dunia luar. Tapi aku kini bagai katak di dalam gelas, yang memang sudah nampak dunia luar tapi masih sibuk dengan diri sendiri. Sibuk dengan pelajaran (konon), projek html untuk subjek COMP175 (Introduction to Data Processing Principle) dan macam-macam lagi. Isu politik memang 100 batu di hadapan aku. Isu semasa lagi’lah. Kalau baca surat khabar pun, aku pilih tajuk-tajuk yang sedap di mata. Warta Utama, Buletin Satu aku hanya tonton untuk 5 minit pertama. Selepas itu beralih ke komitmen yang lain. Buat-buat diri sibuk.
No comments:
Post a Comment